Akibat Sakit Jantung, Mahkamah Tangguh Penghakiman Khir Toyo

MAHKAMAH Persekutuan membuat keputusan untuk menangguhkan pengumuman penghakimannya terhadap rayuan dari mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo pada 22 September depan.

Ia susulan permohonan dari peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah setelah Khir kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

BERKAITAN: Khir Toyo Rebah Selepas Pulang Berjogging

Khir-Toyo

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin walaupun penghakiman telah sedia untuk diumumkan.

Menurut kenyataan Shafee, permohonan penangguhan tersebut perlu dilakukan kerana sekiranya keputusan tidak berpihak kepada mereka, hak tertuduh untuk didengar dalam mitigasi (rayuan sebelum hukuman dijatuhkan) tidak dapat dilakukan.

Hakim-hakim yang terlibat dalam prosiding tersebut ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma’arop, Tan Sri Hassan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Dalam kejadian pagi semalam, Khir dikhabarkan tidak sedar diri setelah rebah ketika berjogging di kawasan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam. Dia dibawa ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN. – MYNEWSHUB.CC

Khir Toyo Didapati Bersalah Kes Rasuah Banglo Mewah 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...