Aktiviti Zumba Pupuk Budaya Hidup Sihat

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi penganjuran secara berterusan aktiviti senaman kecergasan zumba di Taman Tasik Titiwangsa, kata Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata aktiviti zumba boleh mendidik warga kota tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelak pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan sakit jantung.

“Seperti program ‘KL Car Free Morning’ yang kini semakin mendapat sambutan, jika dahulunya ia bermula dengan dua bulan sekali, selepas itu sebulan sekali, kini dua minggu sekali dan sekarang ada warga kota yang minta DBKL adakan setiap minggu.

“Diharapkan begitu jugalah dengan aktiviti zumba ini, kita boleh adakan ‘Zumba Morning’ dengan bermula sebulan sekali selepas itu mungkin setiap minggu,” katanya kepada pemberita pada acara Senaman Zumba Untuk Kesihatan dan Kecergasan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) cawangan Wilayah Persekutuan di Laman Astaka, Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Acara yang julung kali diadakan oleh MMA cawangan Wilayah Persekutuan itu disertai kira-kira 3,000 peserta yang terdiri daripada warga kota bersama keluarga masing-masing yang melakukan senaman zumba selama 90 minit.

Beliau berkata penganjuran aktiviti zumba secara berterusan yang akan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) itu secara tidak langsung mampu memupuk semangat perpaduan kaum di Malaysia.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata pihaknya akan meneruskan rancangan untuk melaksanakan produk pelancongan ‘Heli City Tour’ di Taman Tasik Titiwangsa walaupun diprotes oleh penduduk setempat.


Sambil berkata pembinaan helipad (landasan pendaratan helikopter) telah pun siap, beliau meminta penduduk setempat untuk faham bahawa Taman Tasik Titiwangsa merupakan tempat awam yang boleh dimanfaatkan oleh semua rakyat.

Katanya pembinaan helipad itu bukan sekadar untuk kegunaan ‘Heli City Tour’, sebaliknya ia boleh dimanfaatkan ketika berlakunya kecemasan.

Sebelum ini, terdapat pihak terutama penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan program “Heli City Tour’ dengan mendakwa ia akan menyebabkan kesesakan di sekitar tasik serta bunyi bising helikopter yang akan mengganggu ketenteraman mereka.

Turut hadir pada program itu Presiden MMA Dr Krisna Kumar. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...