Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rumah Ibadat Bukan Islam...

KUALA LUMPUR - Rumah ibadat bukan Islam di zon hijau COVID-19 dibenarkan beroperasi...

Mulakan Perniagaan Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - Sebut sahaja Mudah.my, Lazada, Shopee, 11Street, Zalora, FashionValet dan Alibaba,...

Indonesia Puji Usaha Bernama...

JAKARTA - Indonesia hari ini memuji usaha agensi berita, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia...

Pengguna E-Dompet Malaysia Kian...

KUALA LUMPUR - Satu kaji selidik mendapati bahawa bilangan pengguna e-dompet di Malaysia...

Alam Flora Kutip 550 Tan Sisa Domestik Di Kota Bharu

KUALA LUMPUR – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengutip 550 tan sisa domestik, sisa pukal serta sisa kebun di Kota Bharu, Kelantan sejak 10 hari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, kutipan itu dilakukan bersempena sambutan bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Hampir 70 peratus sampah itu merupakan sisa makanan dan selebihnya sisa pukal serta sisa kebun.

“Pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan sisa buangan secara mendadak ini seperti perbuatan membeli pelbagai juadah berbuka puasa melebihi daripada biasa, peningkatan tapak tapak jualan sementara terutama semasa sambutan Aidilfitri yang melibatkan aktiviti-aktiviti rumah terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zain berkata, kerja-kerja kutipan dan pembersihan itu berbentuk program khidmat kemasyarakatan itu dijalankan di jalan-jalan utama dan protokol seperti di Jalan Tok Guru, Jalan Sultan Yahya, Jalan Pasir Puteh dan Jalan Long Yunus bermula 12 Julai lalu dan berakhir semalam.


Menurutnya, program yang telah dijalankan oleh Alam Flora selama tiga tahun berturut-turut itu melibatkan 25 kakitangan dan 12 jentera yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.

“Alam sekitar yang kotor pastinya akan menjejaskan keceriaan menyambut perayaan bersama orang-orang tersayang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori