Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Kurang 2 Minit 3...

KAJANG - Hanya kurang dua minit, itulah masa diambil tiga lelaki yang melarikan...

Wanita Reka Cerita Dilarikan,...

KUALA LUMPUR: Wanita berusia 19 tahun ditahan kerana mendakwa dirinya dilarikan orang dan...

Hujan Batu Virus Korona...

MEXICO - Hujan batu menyerupai bentuk virus korona yang melanda negara itu dianggap...

UMNO Kalabakan Tak Gentar...

TAWAU - UMNO Bahagian Kalabakan tidak gentar berdepan dengan mana-mana parti lawan dalam...

Ambil Ubat Jika Perlu Dan Atas Nasihat Doktor

SHAH ALAM – Masyarakat disaran hanya mengambil ubat jika perlu dan atas nasihat pengamal perubatan selain bijak memilih jenis ubat yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan tertentu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramniam berkata tidak semua penyakit memerlukan pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik kerana ia akan melambatkan proses pemulihan seseorang individu.

“Kadang-kadang, ada golongan yang suka mengambil ubat walaupun tidak perlu. Mengambil contoh antibiotik, jika dimakan terlalu lama, ia akan mewujudkan ‘antibiotic resistance’ (rintangan antibiotik).

“Pengambilan antibiotik yang tidak betul akan menyebabkan kuman biasa sukar dihapuskan sehingga pesakit terpaksa pula diberi antibiotik yang lebih kuat dan mengganggu imunisasi badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam isu berkenaan, pengamal perubatan juga disaran tidak mempreskripsikan antibiotik kepada pesakit melainkan keadaan amat memerlukan dan pesakit juga digalakkan tidak meminta ubat berkenaan.

Terdahulu, Dr Subramaniam melancarkan Fiesta Farmasi Kebangsaan 2015 sebagai kempen meningkatkan pengetahuan masyarakat berhubung jenis ubat-ubatan dalam pasaran dan cara pengambilan yang betul.

Menurutnya setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan sebanyak 24,462 jenis ubat dan masyarakat dinasihat supaya sentiasa membuat rujukan bagi pembelian yang tidak dipreskripsi oleh pengamal perubatan.

Dr Subramaniam berkata langkah sedemikian akan mengelakkan berlakunya salah pembelian jenis ubat selain mengurangkan pembaziran wang terutamanya bagi ubat yang mahal.

“Daripada sejumlah 24,462 jenis ubat itu, 50 peratus daripadanya adalah ubat tradisional dan kira-kira 7,000 jenis pula adalah ubat yang diberi atas nasihat doktor.


“Walaupun maklumat mengenai ubat-ubatan mudah didapati menerusi internet, namun rakyat mesti mendapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor kerana tidak semua maklumat dalam internet itu betul,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata pengamal perubatan dinasihat supaya tidak memberi preskripsi ubat kepada mana-mana pesakit bagi tempoh yang lama bagi mengelakkan pembaziran.

Ini kerana katanya, ada golongan masyarakat yang tidak menghabiskan ubat yang diberi dan ini akan menyebabkan wujudnya lebihan bekalan kepada mereka.

“Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion untuk membeli ubat-ubatan bagi diberi kepada rakyat namun jika pembaziran berlaku, ia akan merugikan banyak pihak,” katanya.

Ditanya mengenai kewujudan penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dengan KKM, Dr Subramaniam berkata Bahagian Farmasi kementerian sentiasa memantau dan menjalankan penguatkuasaan terhadap isu berkenaan.

Katanya mana-mana individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang dikesan menjual ubat tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda RM25,000 bagi setiap jenis ubat atau penjara lima tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori