Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Dunia Naik...

TOKYO - Harga minyak naik hampir 20% pada hari ini, melantun semula selepas...

Gambar Resepsi TMJ Dan...

Meriah sungguh majlis resepsi yang gilang gemilang diadakan bagi meraikan pasangan sejoli di...

Kedah Rekod 105 Kes...

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga...

6 Parah, Van Bertembung...

KOTA TINGGI - Enam lelaki warganegara Nepal parah apabila van yang dinaiki mereka...

Anggota Rela Turut Ditugaskan Ronda ‘Lorong Tikus’ Di Sempadan

ALOR SETAR – Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)akan ditugaskan bersama anggota polis untuk meronda beberapa lokasi dikenal pasti menjadi ‘lorong tikus’ di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata rondaan bersama itu akan memantapkan lagi tahap kawalan sempadan agar tidak dibolosi oleh mereka yang cuba menyelinap masuk ke negara ini.

“Anggota RELA juga akan ditugaskan untuk melakukan sekatan jalan raya di pintu masuk utama sempadan negara seperti di Bukit Kayu Hitam,” katanya pada Kempen Derma Darah sempena Hari Polis Ke-208 di sini hari ini.

Anggota RELA bagaimanapun tidak akan terlibat dalam operasi khas membanteras penyeludupan manusia kerana pasukan polis memiliki dua pasukan khas.

Pasukan khas terbabit kata Zamri adalah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).


Zambri berkata pasukan khas STAFOC dan STING berjaya menangkap beberapa tekong dan dalang penyeludupan manusia di sempadan negara menerusi operasi yang dijalankan.

Polis Kedah turut bekerjasama dengan polis Thailand dalam mengenal pasti rangkaian sindiket penyeludupan manusia.

Sementara itu ditanya mengenai aktiviti keluar masuk militan IS terdiri daripada rakyat tempatan, menurutnya, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang pengerakan keluar masuk militan IS menerusi sempadan Malaysia-Thailand. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RELA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori