Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Penduduk Amerika Cipta Inovasi...

SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Dave Reynolds telah mencipta inovasi tandas yang boleh...

Telekomunikasi Di Batang Lupar...

KUCHING - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim...

Pasangan Selamba Lakukan Seks...

India – Seks ketika menunggang motosikal. Sepasang kekasih akhirnya ditangkap polis selepas gambar...

Pisau, Parang ‘Terbang’ Dari...

“BUKAN setakat cat dibungkus di dalam beg plastik dan botol kaca, malah pisau...

Aplikasi Teknologi Jepun Untuk Tingkat Hasil Padi

KOTA BELUD – Kira-kira 32.3 hektar kawasan tanaman padi di Kampung Jawi-Jawi, di sini menjadi kawasan pertama menggunakan teknologi dan jentera moden dari Jepun dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud Salmah Labulla berkata teknologi dan jentera moden itu sama seperti digunakan para petani Jepun.

Katanya, penggunaan teknologi dan jentera moden itu dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara IADA Kota Belud dengan dua syarikat swasta bagi tempoh lima tahun, dengan fasa pertama membabitkan modal pelaburan bernilai RM2.5 juta bermula Januari lepas.

Beliau berkata dua syarikat tersebut ialah Alku Corporation, sebuah syarikat yang terlibat dalam pembinaan jentera pertanian dari Jepun, dan Agro Semai, syarikat pemberi perkhidmatan tempatan.

“Untuk fasa pertama, IADA Kota Belud memperuntukkan RM500,000; manakala dua syarikat itu melabur RM2 juta serta menyediakan teknologi dan jentera moden dari Jepun,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

​​​​​​​Salmah berkata seramai enam pakar dari Jepun masing-masing dalam bidang saliran, pemetaan kawasan, penyediaan tanah dan penuaian, terlibat dalam projek itu, di samping penyertaan hampir 40 petani.

Tujuh traktor dan lebih 20 peralatan membajak sawah dan meratakan tanah disediakan.

“Hasil padi pada fasa pertama dijangka dituai akhir Jun ini kerana penanaman padi selalunya mengambil masa selama 120 hari.

“Benih padi yang digunakan ialah Tuaran Rice 8 (TR8) daripada Jabatan Pertanian Sabah,” katanya, dan menambah kerjasama itu turut disokong Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah dan Pertubuhan Peladang kawasan Kota Belud.


Menurutnya, di bawah kaedah tanaman baharu itu, pokok padi akan tumbuh lebih subur kerana penyediaan tanah sawah yang rata dan bagus bagi anak pokok padi mendapat bekalan air serta baja secara seragam.

“Apabila penyaluran air dan baja seragam, pertumbuhan pokok padi juga seragam, maka hasil padi banyak meningkat,” jelasnya.

​​​​​​​Salmah berkata pihaknya merancang untuk memperluas kaedah penggunaan teknologi dan jentera moden itu di semua kawasan tanaman padi di bawah IADA Kota Belud.

Beliau berkata ini bagi memastikan sasaran untuk meningkatkan pengeluaran padi di Kota Belud, yang merupakan kawasan jelapang padi di Sabah, daripada 3.5 tan metrik setahun kepada enam tan metrik setahun dapat direalisasikan sekali gus membantu meningkatkan pendapatan para petani.

Dalam pada itu, Salmah berkata, kerajaan Pusat bersama kerajaan negeri begitu komited untuk meningkatkan produktiviti padi daripada 30 peratus kepada 60 peratus daripada keperluan negeri menjelang 2020 dalam usaha bagi memenuhi Tahap Sara Diri (SSL) negeri.

Katanya kerajaan optimis mencapai sasaran itu menerusi pelbagai pendekatan termasuk menambahbaik sistem dan infrastruktur pengairan dan saliran serta kaedah pengurusan tanaman baik dengan menyediakan peruntukan RM360 juta.

Peruntukan daripada kerajaan itu bakal memanfaatkan hampir 4,000 petani serta pemain industri pertanian lain termasuk pembekal baja, sekali gus memperkasa pembangunan kawasan padi sehingga 8,500 hektar, katanya. – BERNAMA

Kategori