Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Lebih 80 Ribu IGers...

SEPULUH hari selepas kempen Live via Instagram dilancarkan, lebih 80 laporan berfoto dan...

Lelaki Disyaki Menipu Melalui...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya kira-kira 50...

Sultan Johor Puas Hati...

KOTA TINGGI - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berpuas hati dengan...

Tiga Pelajar Maut Tembok...

JAKARTA - Tiga pelajar maut manakala dua lagi cedera selepas tembok sempadan sebuah...

APMM Menerima 4 Jet Ski Sumbangan BSN

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima empat jet ski bagi melaksanakan aktiviti pengawalan perairan.

Aset bernilai RM247,000 sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu diserahkan kepada Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar oleh Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani di Kelab Tasek Putrajaya di sini.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata jet ski Yamaha Waverunner dengan spesifikasi dua dan empat lejang itu mampu meningkatkan kesiapsiagaan APMM dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan yang cetek.

Jet ski itu, yang merupakan aset pertama seumpamanya dalam inventori APMM, akan ditempatkan di Wilayah Maritim Selatan dan Utara kerana bilangan kes orang lemas agak tinggi di Selat Melaka berbanding perairan lain, katanya.

Zulkifli berkata sumbangan aset itu adalah berikutan kerjasama yang terjalin di antara APMM dan BSN sejak 2015, antara lain membabitkan penggunaan aset APMM dalam urusan logistik bagi pengoperasian bank itu di Pulau Tioman, Pahang.


Yunos dalam pada itu berkata kerjasama antara BSN-APMM yang akan berakhir pada Ogos ini dipersetujui untuk dilanjutkan sehinga 2021. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori