Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

Pemberian Diskaun Tol Bukan...

KUALA LUMPUR - Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan utama bukan penyebab berlakunya...

ASEAN-India Setuju Tingkat Kerjasama...

NEW DELHI – Pemimpin ASEAN mengalu-alukan hasrat India untuk mempertingkat kerjasama maritim antara...

Hanya Chuping Di Perlis...

KUALA LUMPUR - Hanya Stesen Meteorologi Chuping di Perlis yang mencatatkan bacaan suhu...

Jambatan Batang Samarahan Kini...

KUCHING - Jambatan sepanjang kira-kira 774 meter bernilai sekitar RM93 juta yang menghubungkan...

ATM Nafi Pasang Kawat Berduri Di Sempadan M’sia-Thai Di Kelantan

KOTA BAHARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menafikan pihaknya memasang pagar kawat berduri di beberapa kawasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan terutama di Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar berkata kawat berduri berkenaan dipasang oleh agensi keselamatan Thailand di beberapa kawasan di sempadan kerana sebab-sebab tertentu dan pihaknya tidak menerima sebarang arahan untuk mengambil tindakan yang sama.

“Kita masih menjalankan tugasan kawalan sempadan seperti biasa dan tidak menerima apa-apa arahan untuk memasang kawat berduri di sempadan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 8 Briged Infantri di Markas 8 Briged Infantri di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Ketua Sekretariat Markas ATM Brigadier Jeneral Zarondin Md Amin menerima tugas sebagai Panglima 8 Briged Infantri yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya yang dinaikkan pangkat sebagai Panglima Pemerintah Operasi Khusus di Kementerian Pertahanan.


Fadzil mengulas mengenai dakwaan di laman sosial Facebook bahawa peniaga di Rantau Panjang dan Pasir Mas kini sukar melakukan aktiviti perniagaan di kawasan bebas cukai itu selepas kawat berduri dipasang di sempadan negara.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Azmy sepanjang tugasnya sebagai Panglima 8 Briged Infantri terutama dalam membantu agensi penguatkuasaan awam melaksanakan tugas-tugas menyelamat sepanjang bencana banjir luar biasa yang melanda Kelantan pada Disember tahun lepas.

Zarondin pula berkata Azmy telah membawa Markas 8 Briged Infantri ke satu tahap yang lebih tinggi dan ia akan dijadikan sebagai penanda aras untuk dirinya dalam melaksanakan tugas sebagai Panglima 8 Briged Infantri yang baharu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori