Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Debat ‘Live’ Arul Kanda-Pua...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia mengadakan siaran langsung debat mengenai...

Jangan Terkinja-Kinja Sokong Arab...

KUALA LUMPUR - "Kita sebenarnya sudah tidak mempunyai masa untuk bercakaran sesama sendiri....

TPPA Akan Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Industri minyak sawit, getah, perkayuan serta minyak dan gas Malaysia...

Penyelia Kilang Maut Dalam...

REMBAU - Seorang penyelia kilang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM...

Banjir Lumpur: Jalan Gua Musang-Lojing Dibuka Semula

GUA MUSANG – Jalan Gua Musang-Lojing di Kampung Jedip yang ditutup berikutan kejadian banjir lumpur semalam, kembali dibuka kepada semua kenderaan.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata kejadian banjir lumpur sepanjang 70 meter di laluan itu adalah berikutan kegiatan pembukaan tanah di kawasan bukit berhampiran.

“Setakat 11 pagi tadi, kerja pembersihan masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Brooke, Kamal Rami berkata kejadian banjir lumpur itu adalah kali ketiga berlaku di jalan tersebut sejak Januari lepas.


Beliau berkata banjir lumpur itu berpunca dari bukit berhampiran Kampung Jedip yang digondolkan oleh pengusaha kebun sayur sejak setahun lepas. – BERNAMA

Kategori