Tuesday, December 3, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Malaysia Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bentuk tekanan kepada Indonesia untuk...

Cukai Pelancongan: Tiada Pelancong...

KOTA KINABALU - Tiada pelancong asing membatalkan lawatan ke Sabah gara-gara Cukai Pelancongan,...

Penganggur Ditahan Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang penganggur semalam, bagi membantu siasatan kejadian membakar...

Minta Ketua Audit Negara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu segera menjawab persoalan yang dibangkitkan orang ramai mengenai...

Banjir: TNB Henti Bekalan Elektrik 50 Pencawang

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menghentikan sementara bekalan elektrik kepada 50 buah pencawang elektrik (PE) di kawasan dilanda banjir di Pahang dan Johor setakat pukul 12 tengah hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, jumlah itu termasuk 44 di Pahang dan enam lagi di beberapa kawasan di Johor.

“Langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas. Bekalan elektrik akan segera disambung semula sebaik ia selamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Nazmy berkata, penghentian sementara operasi pencawang-pencawang elektrik berkenaan membabitkan 3,307 pengguna berdaftar di Pahang dan 328 lagi di Johor.

Bagaimanapun, kata beliau, operasi 18 buah PE dan tiga buah PE di Pahang dan Johor telah pulih dan beroperasi seperti biasa.


“Bilik gerakan banjir TNB di kedua-dua negeri terbabit juga telah dibuka bagi memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik.

“Orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik,” kata Wan Nazmy lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori