Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

MyEG Terima Amaran Gagal...

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada MyEG Services Bhd. supaya mematuhi keputusan...

Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan...

SERI KEMBANGAN - Kenderaan membawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri...

‘Tun’ Dan ‘Mahathir’ Antara...

PUTRAJAYA - Kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa menjadi satu faktor pemilihan nama seseorang...

Hamil Anak Sulung –...

PENYANYI sensasi Janet Jackson telahpun secara tidak langsung mengesahkan kehamilan beliau pada usia...

Barang Kemas Disamun 4 Lelaki, Wanita Rugi RM9,000

GURUN – Seorang wanita kerugian kira-kira RM9,000 selepas barang kemas yang dipakainya disamun sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal ketika mangsa berada di hadapan rumah jirannya, di Taman Murni, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata antara barang milik mangsa berusia 49 tahun itu, yang dilarikan termasuklah dua bentuk cincin emas, seutas rantai tangan emas dan seutas rantai leher emas.

“Kejadian berlaku pada 9.30 malam ketika mangsa yang berada di hadapan rumah jirannya dihampiri lelaki terbabit dan seorang daripada suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemasnya.

“Semasa mangsa cuba mengelak, dia terjatuh di atas jalan dan suspek menarik barang kemas dipakai mangsa, menyebabkan mangsa cedera ringan di jari kanannya akibat terkena parang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Md Zukir berkata sewaktu kejadian, anak lelaki dan suami mangsa cuba menghampiri untuk membantu mangsa namun diugut suspek sambil membaling pasu bunga, yang kemudiannya melarikan diri.


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori