Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Op Selamat: Johor Catat...

JOHOR BAHARU - Johor merekodkan 25 kematian akibat kemalangan jalan raya sejak Op...

Akaun Rahsia UMNO: Propaganda...

Terkini dari Mahkamah 11/3/21Kenyataan Akaun Rahsia yang tidak diaudit kononnya milik UMNO telah...

Kenyataan Didakwa Fitnah: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir...

Kebakaran Rumah Ngeh Koo...

MANJUNG: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman...

Barang Keperluan Asas Di Selangor Mencukupi

SHAH ALAM – Bekalan barangan keperluan asas di Selangor sepanjang bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Justeru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menasihati pengguna di negeri ini supaya jangan membuat pembelian barangan melebihi keperluan atau pembelian panik.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Azman Adam, berkata pemeriksaan pihaknya setakat ini di pasaraya, pemborong dan kedai runcit di sekitar Selangor mendapati barangan keperluan asas seperti ayam dan sayur-sayuran adalah mencukupi.

“Cuma saya nak nasihatkan pengguna perlu bijak berbelanja dan memilih premis perniagaan yang menawarkan harga yang berpatutan menjelang musim perayaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemeriksaan harga di Pasaraya Checkers di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KPDNKK Selangor menyasarkan pemeriksaan harga barangan ke atas 1,000 premis perniagaan menjelang sifar kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun depan. Katanya pemeriksaan terbabit bagi membolehkan perbandingan harga barangan dapat dibuat sebelum dan selepas pelaksanaan sifar GST.

“Pemeriksaan ini yang melibatkan lebih 200 pegawai penguatkuasa KPDNKK Selangor akan mengunjungi premis perniagaan terpilih dengan mengambil data harga sebelum pelaksanaan sifar GST.


“Mereka akan membuat pemeriksaan balas sekali lagi selepas pelaksanaan sifar GST bagi mengenalpasti sama ada harga barangan yang dikenakan GST enam peratus sebelum ini turun ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata KPDNKK Selangor juga akan membuka bilik gerakan yang akan beroperasi setiap hari selepas pelaksanaan sifar GST mulai 1 Jun ini bagi membolehkan pengguna mengemukakan aduan mengenai isu harga barangan yang dibeli.

Azman turut menasihati pengguna supaya memeriksa resit setiap kali membuat pembayaran bagi memastikan peniaga mematuhi pelaksanaan GST pada kadar sifar. – BERNAMA

Kategori