Selepas diperhatian ekoran geri-gerinya yang meragukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh, seorang wanita dari Malaysia ditahan oleh pegawai penguatkuasa di situ.
Hasil pemeriksaan, mereka menemui enam ketul jongkong emas seberat satu kilogram di dalam bagasinya.
Bangladesh bdnews24.com melaporkan, wanita lebih separuh abad itu ditahan kerana menggunakan laluan hijau kira-kira tengah hari semalam.
Menurut Penolong Penguasa Batalion Polis Tentera, Nur-e Alam Siddiq, wanita itu datang ke Bangladesh menggunakan penerbangan Malaysia Airlines pada jam 11 pagi.
“Dia tidak pernah datang ke Bangladesh sebelum ini, sesuai dengan butiran perjalanan dalam passport beliau. Beliau juga tidak fasih berbahasa inggeris, jadi kami masih tidak dapat memastikan destinasinya di Bangladesh.”
Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap wanita itu, tulis portal berita tersebut yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam, Jewela Kahnam. – MYNEWSHUB.CC