Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hanya PM Layak Muktamad...

KUALA NERUS - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi...

Kedah Cadang Bina Stadium...

ALOR SETAR - Kedah bercadang untuk membina sebuah stadium bola sepak baharu yang...

Rasuah: Najib, Perdana Menteri...

KUALA LUMPUR - Dua hari selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya menerusi Pilihan...

Baju Dayang Nurfaizah Di...

YA, kami masih belum move on daripada bercakap tentang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke...

Bekalan Kentang Tak Cukup, McD Jepun Jual Fries Pek Kecil Je

Gara-gara kekurangan kentang yang diimport dari Amerika Syarikat, rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di seluruh cawangan Jepun kini mencatu jualan kentang goreng kepada pelanggan.

Pelanggan McD Jepun membeli banyak kentang goreng sebaik sahaja dimaklumkan jualannya akan dicatu kepada pek kecil sahaja.
Pelanggan McD Jepun membeli banyak kentang goreng sebaik sahaja dimaklumkan jualannya akan dicatu kepada pek kecil sahaja.

Krisis kentang berlaku disebabkan masalah melibatkan pekerja dengan syarikat US West Coast, yang jadi pembekal kentang selama ini.

Susulan itu, kentang goreng pek besar kini ditiadakan dalam senarai menu, dan hanya pek kecil sahaja dijual di 3,100 outlet McDonald’s di negara matahari terbit.

Walaupun dilihat cuma masalah kecil, beberapa pelanggan tetap merungut.

“Selalunya saya beli Bic Mac dengan kentang goreng saiz medium jadi hal ini mengecewakan. Saya mungkin takkan makan McD sampailah kentang goreng dijual seperti biasa,” komen Kaoru Yamano, 24.

Penyusutan saiz kentang goreng membuatkan McDonald’s menurunkan sedikit harga set makanan di mana hidangan Big Mac yang biasanya berharga 669 yen kini 619 yen.


Belum dapat dipastikan sejauh mana hal kentang goreng bakal mempengaruhi nilai jualan McDonald’s di Jepun namun yang pasti, rangkaian makanan segera ini sememangnya hadapi masalah besar sebelum ini lagi.

Oktober lepas McDonald’s Corp, syarikat berpangkalan AS yang memegang 49 peratus ekuiti mengumumkan, rangkaian perniagaan segera tersebut buat pertama kali dalam tempoh bisnes selama 11 tahun di Jepun – akan mencatat kerugian tahun ini.
– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Cbf_pmT6duA

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori