Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Doktor, Pengusaha Taska Antara...

PUTRAJAYA - Golongan profesional seperti doktor dan pengusaha taska persendirian antara yang dikesan...

Kalimah Allah Hanya Untuk...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan kalimah Allah...

Rafizi Didenda Kerana Aibkan,...

PETALING JAYA - Naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini didenda RM1,800...

Rita Rudaini Balas Teguran...

BAB peminat menegur artis secara terbuka khususnya dari segi penampilan memang sudah menjadi...

BRT KL-Klang Dibatalkan Bertindih Dengan LRT 3

KUALA LUMPUR – Projek Bas Rapid Transit (BRT) laluan Kuala Lumpur (KL)-Klang dibatalkan kerana ia bertindih dengan cadangan projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata kerajaan telah menjalankan penelitian terperinci ke atas kedua-dua projek tersebut sebelum memutuskan untuk membatalkan BRT KL-Klang kerana mendapati projek LRT3 akan memberi impak yang lebih besar daripada cadangan projek BRT.

“Cadangan projek LRT3 ini adalah meliputi laluan Bandar Utama ke Johan Setia di Klang melalui Glenmarie, Shah Alam dan Bandar Klang,” katanya menjawab pertanyaan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang) pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan telah mengumumkan untuk membatalkan projek BRT KL-Klang pada awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata cadangan projek LRT3 diberi keutamaan setelah mengambil kira banyak faktor, termasuk laluan LRT3 merangkumi kawasan yang pada ketika ini langsung tidak mempunyai capaian atau akses kepada mana-mana perkhidmatan rel bandar.

“Jajaran LRT3 turut meliputi 50 peratus daripada cadangan jajaran BRT, iaitu dari sektor Klang ke Subang, manakala baki 50 peratus jajaran BRT yang dicadangkan telah diliputi perkhidmatan rel bandar seperti LRT laluan Kelana Jaya,” katanya.


Selain itu, Nancy berkata pembinaan LRT3 mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sama ada perumahan atau komersial di kawasan barat Lembah Klang.

“Oleh yang demikian, kedua-dua projek ini tidak sesuai atau tidak kebolehlaksanaan untuk dibangunkan serentak pada masa ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata Rapid KL akan melancarkan pakej pas bulanan yang lebih baik menjelang suku pertama tahun depan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • rapid

Kategori