BSN Bawa Pulang Pelajar Sambut Lebaran

KUALA KRAI – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini melengkapkan kejutan Kempen Riuhkan Raya BSN apabila membawa pulang seorang pelajar bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kampung Jalan Geale di sini.

Pengarah Perniagaan Negeri BSN Kelantan Komarudin Mustapha berkata kejutan terakhir dalam kempen tersebut dilakukan kepada keluarga Hafizah Che Ahmad, 24, yang merupakan penuntut tahun akhir jurusan perubatan Universiti Perubatan Antarabangsa, Bangalore, India.

“Pelajar tersebut merupakan antara tiga pelajar yang terpilih mendapat tajaan tiket penerbangan pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri khas daripada BSN,” katanya kepada pemberita ketika membawa keluarga tersebut membeli-belah di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Komarudin berkata program berkenaan merupakan satu daripada aktiviti di bawah tanggungjawab sosial korporatnya yang menjurus kepada ikatan silaturahim sesama anggota keluarga.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya turut membawa pulang dua pelajar yang melanjutkan pengajian di Jepun dan Mesir.

Sementara itu, ibu Hafizah, Azizah Husain, 58, berkata beliau terkejut apabila anak ketujuh daripada 10 beradik itu muncul di hadapan matanya pada Jumaat lepas selepas dua tahun tidak pulang beraya.


“Memang setiap kali Ramadan dan menjelang Syawal, wajahnya sentiasa terbayang di mata, tak sangka tahun ini Hafizah pulang beraya di kampung,” katanya.

Sementara itu, Hafizah berkata beliau sentiasa merindui keluarga terutama setiap kali Syawal menjelma namun tidak dapat pulang ke kampung kerana kekangan kewangan.

Katanya kali terakhir beliau menyambut lebaran bersama keluarga adalah tiga tahun lepas sejak mula melanjutkan pelajaran di India pada 2012. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...