BSN Cawangan Tamparuli Mula Beroperasi

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Tamparuli dibuka semula hari ini manakala cawangannya di Ranau beroperasi semalam setelah terjejas akibat gempa bumi pada Jumaat lalu.

BSN dalam kenyataannya berkata kesemua mesin ATM dan CDM di cawangan Ranau boleh digunakan.

BSN turut memberitahu Perkhidmatan Unit Bank Bergerak telah disediakan bermula 6 Jun di Majlis Daerah Ranau dan Dewan Belia Tamparuli bagi memastikan perkhidmatan perbankan berjalan seperti biasa dan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima.

“Pelanggan juga boleh membuat urusan perbankan di ejen bank berdaftar di kawasan Ranau iaitu sekitar Kampung Tanah Merah, Kampung Ruhukon dan Pekan Ranau. Manakala di Tamparuli ialah disekitar kawasan Tenghilan, Kampung Pulus dan Pekan Tamparuli,” menurut kenyataan itu.

BSN turut mengaktifkan semula tabung Tanda Kasih BSN bagi mengutip derma untuk membantu mangsa bencana itu dan orang ramai boleh menyalurkan bantuan itu melalui akaun 1410029000528345. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...