BSN Perkenal Produk Pembiayaan BSN Microplus

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini memperkenalkan kemudahan Skim Pembiayaan BSN Microplus bagi membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Menurut kenyataan BSN hari ini, produk ini merupakan kesinambungan pembiayaan mikro yang telah diperkenalkan dan ditawarkan sejak 10 tahun lepas kepada usahawan mikro bagi memastikan perniagaan mereka lebih berdaya saing.

“Pembiayaan BSN Microplus kini ditawarkan dengan jumlah maksimum RM250,000 berbanding Pembiayaan BSN Micro/i sebelum ini yang hanya menawarkan jumlah maksimum RM50,000 sahaja.

“Keutamaan ditawarkan kepada peminjam sedia ada dengan keupayaan perniagaan yang dinamik, berdaya saing dan berupaya untuk dimajukan ke tahap yang lebih besar serta mempunyai rekod pembayaran yang baik,” kata BSN.

Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN Ahmad Latfan Mohd Amran berkata bank itu menyedari usahawan mikro menghadapi cabaran yang besar untuk mendapatkan bantuan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Justeru, melalui Pembiayaan BSN Microplus yang lebih kompetitif dengan jumlah pembiayaan yang lebih besar, dapat membantu mereka, sekali gus meneruskan inisiatif pembangunan usahawan mikro di Malaysia” katanya.

Inisiatif BSN untuk membantu para usahawan mikro bermula dengan pembiayaan BSN Micro/i yang diperkenalkan pada 2007.

Skim ini berkembang dengan baik apabila berjaya membiayai lebih 58,000 pelanggan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion berbanding 320 pelanggan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5 juta pada tahun pertama diperkenalkan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...