BSN Terima 746 Permohonan Skim Perumahan Belia

KOTA KINABALU – Bank Simpanan Nasional (BSN) menerima 746 permohonan bagi Skim Perumahan Belia yang ditawarkan kepada pasangan belia berkahwin untuk memiliki rumah pertama, sejak ia dilancarkan pada Oktober lepas.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit, Datuk Yunos Abd Ghani berkata daripada jumlah itu, sebanyak 405 permohonan telah diluluskan membabitkan pembiayaan berjumlah RM101.5 juta.

Skim perumahan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2015 yang antara lain bertujuan membantu pasangan berkahwin berusia antara 25 dan 40 tahun dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000.

Yunos berkata skim itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu, namun kerajaan menyasarkan sebanyak 20,000 permohonan diluluskan dan ia berasaskan konsep ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’.

“BSN menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 permohonan diterima sehingga hujung tahun ini. BSN amat mengalu-alukan belia mengambil peluang ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Perumahan Belia peringkat negeri di cawangan utama BSN Sabah sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut membuat lawatan rasmi di cawangan utama BSN Sabah sempena penjenamaan semula BSN pada 15 Okt lepas yang memperkenalkan identiti dan logo baharu melambangkan evolusi syarikat perbankan itu.


Mengenai permohonan skim berkenaan di Sabah, Yunos berkata BSN menerima 58 permohonan dan 30 daripadanya telah diluluskan membabitkan pembiayaan RM7.24 juta.

Sementara itu, Hajiji berkata skim perumahan itu adalah antara inisiatif kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah.

Justeru, beliau menggalakkan golongan belia khususnya di Sabah agar merebut peluang itu sebagai usaha merealisasikan hasrat dan impian mereka memiliki rumah sendiri.

Skim Perumahan Belia merupakan inisiatif secara perkongsian pintar antara kerajaan bersama BSN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Gadai Janji Nasional (Cagamas Bhd.). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...