BSN Tiada Rancangan Kurangkan Cawangan, Pekerja

JOHOR BAHRU – Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan jumlah cawangan dan pekerjanya di seluruh negara biarpun berdepan keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata apa yang menjadi keutamaan BSN adalah memberi perkhidmatan perbankan dan menyediakan pembiayaan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, BSN akan mengekalkan operasi cawangan dan pekerja sedia ada selain menambah perkhidmatan ejen bank berdaftar di seluruh negara.

“Buat masa ini kita tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk mengurangkan cawangan dan pekerja.

“Kita mahu menyediakan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan kepada masyarakat dan bukannya bergantung kepada keuntungan semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bangunan baharu Cawangan Utama BSN Johor di Jalan Abdullah Ibrahim, di sini hari ini.

Perasmian itu dilakukan oleh Pengerusi BSN Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang turut mengumumkan nama bangunan itu, Wisma Muafakat.

Mengulas lanjut, Adinan berkata sejak penubuhan pada 1974, BSN kini memiliki 403 cawangan dan lebih 7,200 pekerja di seluruh negara.


Ia juga mempunyai seramai kira-kira 7,000 ejen bank berdaftar dan angka itu dijangka meningkat 500 hingga 1,000 orang lagi termasuk di luar bandar, tahun ini.

Bank itu turut disokong oleh lebih 9.19 juta pendepositnya di seluruh negara dengan jumlah deposit antara RM15 bilion dan RM20 bilion, setakat ini.

“Jumlah pendeposit BSN meningkat 50,000 hingga 100,000 orang setahun, kebanyakannya adalah murid sekolah,” katanya.

Selain itu, mengulas bangunan baharu bernilai RM60 juta berkenaan, Adinan berkata ia memberi keselesaaan serta suasana kerja kondusif untuk para pekerja berbanding operasi dengan menyewa bangunan di Wisma Maria, Jalan Ngee Heng di sini, sejak 29 tahun lepas.

Adinan berkata Wisma Muafakat setinggi 10 tingkat yang siap dibina akhir tahun lepas, menyediakan kemudahan seperti pusat latihan, surau, nurseri, gimnasium dan kafeteria. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...