SELAMA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Kerian, berhampiran Taman Menteri, dekat sini, jam 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd Syafiq Shazanie Roslan dikatakan sedang mandi bersama rakan di sungai berkenaan.
Beliau berkata, usaha mencari mangsa sehingga malam tadi gagal menemuinya dan disambung pagi ini. Katanya, gerakan mencari mangsa membabitkan polis, pihak Bomba dan Penyelamat Selama, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam. – BHarian Online