Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

4 Anggota Kumpulan Tandop...

KANGAR - Empat anggota kumpulan 'Tandop' yang disyaki terbabit dalam 10 kes kecurian...

Polis Sudah Digerak Ke...

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri telah mula menggerakkan sejumlah pegawai dan anggota polis...

Bas Percuma ‘Smart Selangor’...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi kawasan kelima yang menyediakan...

Datuk Ramli MS Serah...

KONDUKTOR muzik terkenal Datuk Ramli MS akhirnya hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor...

Budak Maut, 2 Cedera Dilanggar Van Di Pasar Malam

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut manakala dua wanita cedera selepas dilanggar sebuah van yang merempuh beberapa buah gerai di Pasar Malam Golden Hill, Cameron Highlands, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Hasadid A. Hamid berkata kanak-kanak itu dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya kejadian berlaku pada kira-kira 9.45 malam semasa kanak-kanak itu bersama-sama ibu bapa serta dua beradiknya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai sebelum dilanggar kenderaan terbabit.

Budak Maut, 2 Cedera Dilanggar Van Di Pasar Malam

“Seorang peniaga lelaki berumur 30 tahun yang mahu pulang daripada berniaga menekan pedal minyak kenderaannya dengan kuat supaya pelanggan memberi laluan kepadanya.


“Secara tiba-tiba van tersebut terus laju ke hadapan lalu melanggar beberapa buah gerai dan juga beberapa orang di pasar berkenaan termasuk si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasadid berkata dua wanita yang mengalami patah kaki dan cedera di kepala masing-masing dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.

Katanya pemandu van itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk siasatan. – BERNAMA

Kategori