Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Liga Hoki Dunia: Tugas...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki negara bakal berdepan tugas sukar dalam misi...

Janna Nick: Tak Mungkin...

TERANG lagi bersuluh, sememangnya Fattah Amin sering terjebak dengan cinta lokasi; bermula Sherry...

Penyelenggaraan Pengangkutan Awam Negara...

SEPANG : Sistem penyelenggaraan sektor pengangkutan awam masih di takuk 'kelas ketiga' walaupun...

Aksi Peluncur Papan Selaju...

Siapa disini mengemari sukan ekstrim skateboard atau dikenali dengan nama papan selaju ini?Kali...

Bumbung SK Pekan Kota Belud Diterbangkan Angin, Mohon Bantuan Awal

KOTA BELUD – Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud di sini berharap pihak yang berkaitan dapat mempercepat bantuan yang sewajarnya kepada sekolah berkenaan selepas bumbung pada satu blok bangunannya diterbangkan ribut Jumaat lalu.

Guru Besarnya Patong Santis berkata untuk bantuan awal, mereka mengharapkan pemasangan kanvas bagi melindungi peralatan yang ada di dalam bangunan berkenaan yang menempatkan dua buah kelas Tahun Satu, pusat sumber, bilik komputer, pusat akses dan bilik tayangan,

“Banyak perabot yang belum dapat dialihkan terutamanya almari kayu yang kini terdedah kepada air hujan dan jika dibiarkan lebih lama dikhuatiri almari itu akan rosak dan air hujan bertakung di atas lantai.

“Walaupun ada tempat yang tidak terkena air hujan, air itu tetap mengalir dan terus ke kawasan perabot yang disimpan,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Menurutnya kejadian itu berlaku kira-kira 12.15 tengah hari dan merupakan yang pertama menimpa sekolah tersebut yang beroperasi sejak 2013.
Patong berkata walaupun aktiviti pembelajaran dan pengajaran sekolah tidak terjejas, ketiadaan bumbung tersebut menimbulkan kerisauan akan berlaku litar pintas berikutan wayar elektrik yang terdedah kepada elemen alam semula jadi.


“Sekolah ini mempunyai seramai 765 murid dan 77 guru yang semuanya mengajar waktu pagi. Jumlah murid yang ramai ini membuatkan pihak sekolah risau akan keselamatan murid walaupun kawasan terlibat sudah ditutup,” katanya.

Sementara itu, seorang murid, Muhammad Danial Iqbal Riduan, 11, berkata ketika kejadian dia berada tidak jauh dari bangunan tersebut.
Katanya dia mendengar satu bunyi kuat yang menakutkan menyebabkannya lari menyelamatkan diri.

Tinjauan Bernama mendapati selain ketiadaan bumbung, lantai bangunan juga pecah dan pihak sekolah mengambil langkah sementara dengan mengalihkan buku teks, komputer dan perabot ke dalam bilik lain. – BERNAMA

Kategori