Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

AL-FATIHAH: Datuk Mustapha Maarof...

KUALA LUMPUR - Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia...

Selangor Bakal Lagi Tiada...

ALAHAI... Selepas jutaan rakyat marhaen Selangor menderita akibat ketiadaan bekalan air dirawat sepanjang...

RoS Tolak Permohonan Pendaftaran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah...

Enggan Tanggung Kos Punca...

KUALA LUMPUR - "Keengganan menanggung kos tambahan untuk tingkatkan aspek keselamatan antara faktor...

Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Andai semalam, sebuah restoran nasi kandar popular cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang dikritik kerana mengenakan caj tak masuk akal iaitu RM20 untuk lima batang bendi, hari ini, kes hampir serupa berulang.

Kali ini, ia dikatakan berlaku membabitkan restoran sama cawangan Petaling Jaya apabila sekeping roti tisu dicaj pada harga RM11! Memang betul-betul cekik darah.

edit_roti

TERDAHULU: 5 Bendi RM20, KPDNKK Minta Penjelasan Kedai Nasi Kandar

Berdasarkan bukti resit yang tersebar di media sosial, sememangnya tuduhan yang dikemukakan si pengadu berasas kerana harga yang tertera sememangnya RM11.

Selain itu, kedua-dua kejadian tersebut berlaku pada tarikh yang sama iaitu 23 Mac lalu.

Kita tunggu dan lihat apa jawapan si pemilik restoran terhadap kes ini pula. Takkanlah empunya diri nak menggunakan alasan sama iaitu kesilapan teknikal, kan?


Apa-apapun, seandainya kes tersebut benar-benar berlaku, pihak berkuasa patut mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran nasi kandar berkenaan.

Nak mencari untungpun, biarlah ia setara dengan jualan yang dibeli, kan?

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Laporan Awani – Silap Teknikal 5 Bendi RM20

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori