Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berapa Ramai Manusia Jadi...

DALAM tempoh setahun dianggarkan sebanyak 60 gunung berapi di dunia akan meletus yang...

2 Lelaki Disyaki Penagih...

KANGAR - Dua lelaki disyaki penagih dadah ditahan kerana memiliki dadah syabu dan...

Hampir 3,400 Pegawai Perubatan...

KUALA LUMPUR: Hampir 3,400 daripada keseluruhan 29,548 pegawai perubatan kontrak meletakkan jawatan dalam...

Perubahan Operasi Sekolah Selepas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan perubahan pengoperasian sekolah mengikut fasa...

Cuepacs Cadang Hari Bersenam Tingkat Kesihatan Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan hari bersenam untuk penjawat awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia boleh diadakan selama dua jam hanya dalam satu hari pada setiap minggu.

“Dalam tempoh lima hari bekerja, peruntukkan satu hari untuk bersenam selama dua jam agar penjawat awam betul-betul bersenam dan mengeluarkan peluh mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata sebelum ini terdapat beberapa badan kerajaan yang melakukan perkara tersebut, namun mereka tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskannya.

Sekiranya dilaksanakan langkah tersebut, ia boleh mendatangkan manfaat kepada penjawat awam dan kerajaan, katanya.

“Untuk kerajaan, semestinya kos perubatan bagi kakitangan kerajaan sebanyak RM2 bilion yang dibelanjakan tahun lepas dapat dikurangkan.


“Bagi penjawat awam pula, mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan boleh melepaskan tekanan di tempat kerja,” tambahnya.

Azih berkata masalah kesihatan dalam kalangan kakitangan awam turut berpunca daripada bebanan kerja yang semakin bertambah.

“Kalau dilihat di jabatan kerajaan, banyak jawatan yang tidak diisi dan ini menyebabkan bebanan kerja itu terpaksa dipikul oleh orang lain yang turut mempunyai bebanan kerja sendiri,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata beliau akan menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan sebagai sokongan kepada usaha kementerian itu dalam melahirkan insan dan pekerja sihat bagi mendokong wawasan negara maju pada tahun 2020. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori