BERMULALAH kisah tentang daun ketum. Air rebusan daun ketum original rebus sendiri di rumah tanpa mencampurkan ubat batuk ataupun bendasing lain yg menambahkan huru-hara pada air ketum yang pahit itu.
Ajaibnya minum air ketum kerana boleh menghilangkan sakit urat sendi. Air ketum ini boleh menjadikan seseorang itu seperti orang sihat.
Kudrat pun bertenaga dan dapatlah jadi orang berguna sedikit daripada membuang masa di rumah.
Batuk akan menjadi lega, angin yang sangkut di dalam badan keluar, muntah pun dapat dikawal, kudrat pun bertenaga, dapat berborak dengan lancar bersama rakan, dan yang paling penting kita perlu tahu khasiat air ketum ini.
Ianya dapat mengawal paras gula dalam darah dan itu sangat baik untuk pesakit kanser yang masih berdegil berpantang gula sehabisnya.
“Sekali minum secawan, bolehlah tahan kesannya antara 3-5 jam lepas itu tidak bertenaga.”
“Tapi tahukah anda getah dari daun air ketum yang telah dimasak dan dibiarkan sehari akan menghasilkan pati getah?”
Maka di sini, ketum ada gunanya bagi pesakit kanser. Apabila minum air ketum ini tidak terasa mabuk bahkan fikiran menjadi lebih aktif. Ia seperti pelali kepada kesakitan yang aku hidapi. – MYNEWSHUB.CC