Di Sebalik Pintu Rahsia Ada ‘Ayam’

SERI KEMBANGAN –  Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membongkar aktiviti pelacuran di sebalik ‘pintu rahsia’ sebuah pusat kecantikan, di kawasan parkir sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Pintu rahsia itu yang direka bentuk seperti loker dikawal ketat oleh pekerja premis itu dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata ketika serbuan, pihaknya menahan 26 wanita warga asing dipercayai menawarkan khidmat urut dan seks.

Beliau berkata, 13 daripada 26 wanita yang ditahan dari Indonesia, Thailand (7) dan Vietnam (6) dengan sebahagian besarnya tidak mempunyai pasport dan dokumen pengenalan diri.

“Mereka berusia lingkungan 30-an dan 40-an, untuk perkhidmatan urut, pelanggan dikenakan bayaran RM100.

“Mereka perlu menambah bayaran sebanyak RM190 jika berminat untuk perkhidmatan seks.

“Pada masa sama, (polis turut) merampas wang tunai RM603, 10 kondom dan jadual bertugas wanita terbabit sebagai bahan bukti siasatan,” katanya pada sidang media Ops Noda, di sebuah hotel, di sini, malam tadi. Ops itu yang disertai kira-kira 15 anggota polis D7 IPK Selangor dijalankan selama tiga jam bermula jam 9 malam.

Ditanya mengenai keadaan premis itu ketika ‘digempur’ penguat kuasa, beliau berkata beberapa pekerja warga Bangladesh cuba melarikan diri melalui siling tandas pusat kecantikan itu.

“Ada yang cuba larikan diri melalui siling namun ketangkasan anggota polis dapat menggagalkan ‘misi’ mereka.


“Seramai enam lelaki pekerja warga Bangladesh ditahan berusia antara 23 hingga 34 tahun.

“Dua lelaki pekerja tempatan berusia lingkungan 40-an masing-masing bertugas sebagai juruwang dan ‘kapten’ (pengurus operasi) turut diberkas,” katanya.

Dalam pada itu, Khaizam berkata, mengikut rekod polis, pihaknya mendapati pusat kecantikan itu tidak mempunyai permit perniagaan dan diberi amaran beberapa kali untuk menutup premis mereka sebelum ini.

“Ikut pengetahuan saya, premis ini sudah diberi arahan untuk menghentikan operasi perniagaan, namun masih berdegil jalankan aktiviti tidak bermoral ini.

“Premis ini sudah tidak beroperasi selama tiga hingga empat bulan, namun bertindak membukanya semula kira-kira sebulan lalu.

“Kita tidak akan kompromi dalam hal ini, polis akan terus pantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkaitan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...