Sunday, December 29, 2024

Creating liberating content

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam...

KUALA LUMPUR: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah langkah interim (bersifat...

MSN, KOM Kecewa Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) kesal dengan tindakan atlet olahraga kebangsaan,...

Abdullah: Jeneral Pertama Di...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles"APA yang saya lakukan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar...

Ziarah Raya: Norman, Abby...

AMPANG - Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim...

Dr Fadi Ditembak Mati Semalam Dianggap Syahid

KUALA LUMPUR — Beberapa pihak menganggap Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah di sebuah universiti tempatan dari Palestin yang ditembak mati dekat kediamannya di Setapak di sini awal pagi semalam, sebagai syahid.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) Abdul Aziz Abu Bakar berkata, “Kami menganggap Fadi meninggal dunia sebagai seorang syahid… di negara asalnya sambutan dilakukan oleh keluarga dan mereka yang mengenalinya,” kata Abdul Aziz yang hadir di Hospital Selayang hari ini untuk menziarahi jenazahnya.

“Ini kerana sudah menjadi budaya masyarakat di Palestin untuk meraikan kesyahidan ahli keluarga atau kenalan mereka,” kata Abdul Aziz kepada pemberita.

Beliau mengenali Dr Fadi kerana pernah bekerjasama dalam program anjuran MAPIM.

“Dalam kejadian semalam, Allahyarham dalam perjalanan ke surau (berdekatan kediamannya) untuk mengimami solat subuh.

“Itu pun sudah cukup untuk kita menganggap dia mati dalam keadaan syahid, dan syahid itu tidak semestinya di Gaza,” kata Abdul Aziz.

Perkarangan Unit Perubatan Forensik hospital itu hari ini terus dikunjungi rakan dan kenalan Allahyarham Dr Fadi dan sebilangan anggota komuniti Arab yang tinggal di Malaysia.

Jenazah Allahyarham dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat.


Seorang dari kenalan rapatnya, Mohammad Hassan, 31, dari Mesir, berkata beliau datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada rakannya yang dikenali sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, Allahyarham banyak membantu beliau ketika ingin memulakan perniagaan restorannya di sini.

“Kali terakhir kami bertemu pada Jumaat lepas, di padang, bermain bola sepak bersama-sama, dan dia seperti biasa gembira, ceria dan penuh dengan senyuman.

“Walaupun sedih kerana kehilangannya, saya gembira kerana rakan saya mati syahid,” katanya. — BERNAMA

Kategori