Monday, November 18, 2024

Creating liberating content

Polis Tutup Kes Konspirasi...

EPISOD gempar mengenai laporan polis dibuat Naib ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun...

AirAsia Diperintah Bayar RM40.73...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia...

Suspek Mesej Palsu ‘Mayat...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki...

Pecah Tradisi, Bola Sepak...

KIRA-KIRA 60 orang gadis Somalia memilih bola sebagai sukan utama yang dimainkan dalam...

El Nino Jimat Masa Pengeringan Ikan Kering, Keropok

TUMPAT – Cuaca panas berikutan fenomena El Nino memberi kelebihan kepada pengusaha ikan kering dan keropok sekitar pantai Geting di sini apabila hanya perlu memperuntukkan lebih kurang sehari untuk proses pengeringan berbanding tiga hingga empat hari sebelum ini.

Pengusaha ikan kering, Mohd Al Amin Ghazali, 27, berkata sejak dua bulan lepas proses pengeringan menjadi lebih cepat sekali gus menjimatkan masa dan tenaga pekerjanya.

“Proses menyusun ikan kering di atas jaring buluh kini dilakukan lebih awal iaitu sebelum pukul 8 pagi kerana cuaca sudah mula panas pada 9 pagi.

“Ikan yang dijemur mula kering dengan sempurna dan boleh diangkat kira-kira 3 petang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Pantai Geting di sini, hari ini.

Mohd Al Amin berkata dengan penjimatan masa itu beliau yang dibantu enam pekerjanya mampu menghasilkan antara 400 dan 500 kilogram ikan kering sehari.

Anak bongsu daripada lapan beradik yang mengambil alih perniagaan keluarganya sejak tujuh tahun lepas itu, berkata proses pengeringan yang lebih cepat itu mampu menghasilkan ikan kering yang lebih sedap berbanding yang dijemur melebihi empat hari.

Mohd Al Amin berkata berkata ikan kering yang dihasilkan ketika ini kebanyakannya adalah sebagai stok untuk memenuhi permintaan pemborong dan kenduri yang biasanya diadakan pada musim cuti persekolahan.


Dalam keghairahan menghasilkan ikan kering itu, beliau tetap mementingkan aspek penjagaan kesihatan terutama kepada pekerjanya agar sentiasa mengambil air kosong yang mencukupi selain memakai topi dan baju lengan panjang.

Sementara itu, pengusaha keropok Alias Fauzi, 24, berkata langkah beliau memulakan perusahaan keropok keping sebulan lepas amat tepat apabila keadaan cuaca panas ketika ini banyak membantu melancarkan kerja pengeringan produk makanan itu.

“Proses pengeringan keropok berjalan dengan lancar dan hanya memerlukan masa tidak sampai sehari. Hasilnya juga amat memuaskan dan mendapat maklum balas positif daripada pelanggan,” katanya.

Alias berkata berdasarkan keadaan cuaca ketika ini, beliau mampu mengeringkan kira-kira 100 kilogram keropok sehari dan beliau akan memanfaatkan cuaca panas itu untuk meningkatkan pengeluaran sebagai stok bekalan beberapa bulan akan datang.

Mengikut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu Kelantan hari ini adalah pada 38.5 darjah celsius berbanding 36 darjah celsius yang dicatatkan semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori