Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nur Sajat Terasa Hati...

SEBELUM ini pernah tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan pengasas...

KBS Sasar 6 Juta...

SUNGAI PETANI - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan enam juta penyertaan pada Hari...

Rakyat Malaysia Makan Terlebih...

PUTRAJAYA - Kadar purata pengambilan garam rakyat Malaysia ialah 7.15 gram sehari berbanding...

HFMD : Sebuah Bilik...

KUALA LUMPUR - Sebuah kelas di Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2 di...

Emirates Tempah Pesawat Terbesar 615 Kerusi

DUBAI — Syarikat penerbangan terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates bakal menerima dua buah pesawat komersial terbesar di dunia jenis Airbus A380 yang mampu membawa kapasiti 615 penumpang.

Menurut akhbar ternama Britain, The Independent, pesawat mega berkuasa empat enjin ini akan mula beroperasi pada Disember untuk laluan jarak jauh tanpa henti antara Dubai dan ibu negara Denmark, Copenhagen.

Sekadar rekod, kapasiti maksimum model A380 keluaran konsortium Eropah, Airbus dan bernilai AS$428 juta (RM1.6 bilion) seunit pada setakat ini adalah 517 penumpang, termasuk 14 kerusi untuk kelas pertama.

Namun, Emirates yang kini sudah pun memiliki 58 unit A380, dijangka mengubah suai konfigurasi dengan membuang 14 kerusi kelas mewah itu dan sebaliknya ia menambah lagi jumlah penumpang untuk kelas ekonomi.

Alasan Emirates kerana banyak laluan yang mereka terbang, pengguna kelas eksekutif tidak terlalu ramai dan syarikat udara UAE itu cuba untuk memaksimumkan kapasiti kerusi dalam pesawat agar lebih optimum.

Emirates yang ditubuhkan pada 1985 dan terbang ke 142 bandar raya di 78 negara; kini mempunyai 222 buah pesawat termasuk 138 unit dari model saiz lebar, Boeing 777 dengan kapasiti maksimum 450 kerusi.


Pada masa ini, trend pesawat dengan ramai penumpang ‘dikuasai’ Boeing buatan Amerika Syarikat menerusi model 747 sejak 1970 dan sehingga akhir 2014, kira-kira 1,500 unit telah beroperasi di seluruh dunia.

Model pesawat Jumbo Jet ini boleh diubah suai untuk membawa antara 350 sehingga 550 penumpang, malah rekod tertinggi ialah 560 orang oleh Japan Airlines untuk beberapa laluan jarak dekat syarikat nasional Jepun itu.

Bagaimanapun rekod penumpang paling banyak dibawa untuk sebuah pesawat masih lagi dipegang pada 1991 oleh syarikat penerbangan Israel, El Al, menerusi model 747 yang direka khusus untuk operasi khas tentera.

Pada waktu tersebut, rejim Zionis itu berjaya mengangkut 1,122 penumpang dalam sebuah pesawat El Al memindahkan etnik Yahudi yang terancam akibat perang saudara di Ethiopia menuju ke Israel menerusi Operation Solomon.

Sebanyak 35 penerbangan berturut-turut dalam masa 36 jam dibuat bagi membawa 14,325 kaum Yahudi Habsyah dan jumlah besar itu mampu dicapai kerana saiz tubuh badan etnik tersebut agak kecil. — Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori