Sunday, December 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tegas Terhadap ASP...

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap seorang pegawai polis wanita berpangkat...

Lelaki Selamba Berak Di...

Pengotor....Tanpa rasa malu, seorang lelaki dengan selambanya melondehkan seluar lalu berak di hadapan...

Agong Puji Pendekatan Segera...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa...

Remaja Perempuan Didakwa Lakukan...

Kuala Pilah : Remaja perempuan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Fasa 2 Projek Naik Taraf Sekolah Daif Di Sarawak

KUCHING – Bagi pelaksanaan projek membaiki sekolah daif di Sarawak di bawah fasa dua tahun depan, Kementerian Kerja Raya akan mengusulkan supaya satu jawatankuasa bersama kerajaan negeri dan persekutuan ditubuhkan bagi berbincang mengenai pemilihan dan keutamaan projek yang perlu dilaksanakan segera.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia selaras dengan hasrat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg supaya input daripada kerajaan negeri turut diambil kira dalam pemilihan dan keutamaan dalam projek berkaitan sekolah daif.

Katanya beliau akan membawa perkara itu ke peringkat persekutuan untuk dibincangkan oleh pihak-pihak berkaitan seperti Kementerian Kewangan serta Kementerian Pendidikan, dan apabila dipersetujui, jawatankuasa itu nanti akan diberi mandat dalam pelbagai aspek projek berkenaan seperti memutuskan keutamaan, memilih kaedah pembinaan, memantau projek dan sebagainya.

“Senarai (sekolah daif) sudah ada, senarai oleh persekutuan dan senarai oleh negeri, tetapi sekolah mana yang perlu diutamakan masih belum dimuktamadkan lagi, sebab kerajaan nak dengar juga keperluan negeri. Setiap pemimpin setempat memanglah semua mahukan tempatnya diberi keutamaan dengan segera, tapi kita kena pilih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan ‘surat setuju terima’ kepada 13 kontraktor yang dilantik bagi mengusakana fasa pertama projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah-sekolah daif menggunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di Sarawak dan menyempurnakan acara pecah tanah projek di Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang, Bau, kira-kira 25km dari sini pagi ini.

Fadillah berkata di bawah fasa pertama projek itu Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi mandat kepada JKR negeri memilih kontraktor untuk kerja-kerja membaiki dan membina semula struktur di 51 sekolah, yang membabitkan 294 bilik darjah, 12 asrama, tujuh bilik sains, 28 unit tandas dan enam dewan makan, yang menelan belanja lebih RM130 juta.

Beliau berkata 13 kontraktor dipilih untuk kerja-kerja berkenaan, dengan prestasi mereka dipantau oleh beliau sendiri, yang sekiranya mereka berjaya melaksanakan projek berkenaan mengikut spesifikasi, tempoh masa dan kos yang ditetapkan, peluang mereka untuk mendapatkan projek berikutnya di bawah fasa kedua tahun depan akan lebih cerah.


Sementara itu Fadillah berkata di bawah fasa pertama, 66 lagi kerja-kerja menaik taraf sekolah-sekolah daif diserahkan untuk dilaksanakan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, yang juga perlu disiapkan tahun ini.

Beliau berkata kerajaan persekutuan memberikan komitment untuk menyediakan peruntukan RM500 juta lagi bagi kerja-kerja menaik taraf, membaiki dan membina semula sekolah daif di Sarawak di bawah fasa dua tahun depan.

Menurutnya selaras dengan penyerahan ‘surat setuju terima’ hari ini, semua 13 kontraktor berkenaan kini diberi masa empat bulan untuk menyiapkan projek-projek yang diamanahkan kepada mereka. – BERNAMA

Kategori