Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pemergian Pengarah Veteran Jamil...

PETALING JAYA - Kepulangan Allahyarham Datuk Jamil Sulong ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan...

Kabel Telefon Untuk ‘Menggaru’...

BEIJING - Doktor di China mengeluarkan kabel telefon sepanjang 0.9 meter dari zakar...

Puluhan Negara Tak Cuti...

BAGI wartawan meja luar negara mana-mana organisasi media di seluruh dunia, berita dari...

Saya Yang Jaga Anak...

AKTRES dan penyanyi, Elly Mazlien mengakui akan membuat tuntutan hak penjagaan anaknya tidak...

Festival Gendang Melayu Sarawak Mampu Menarik Pelancong

KUCHING – Festival Gendang Melayu Sarawak 2018 yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak di sini sejak dua hari lepas mampu menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini.

Justeru Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak dalam satu kenyataan berharap festival itu dapat diadakan secara tahunan kerana selain menjadi wadah perpaduan kaum, festival itu juga memberi impak kepada industri pelancongan negeri disamping menyerlahkan lagi seni dan kebudayaan etnik tempatan.

Festival Gendang Sarawak yang bermula dari 2 Nov itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah malam tadi.

Festival itu yang berakhir hari ini turut menarik peserta dari Brunei dan Indonesia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

“Kumpulan Warisan Budaya Kuching manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Budaya Mukun Selendang Sutera dari Brunei,” menurut kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Kategori