Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Terberak Ketika Menari...

CARIDFF - Akibat suka menunjuk-nunjuk, akhirnya seorang lelaki di Wales, Britain malu sendiri...

Guan Eng Jangan Celupar...

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diingatkan agar tidak ‘bermulut celupur’...

Phahrolrazi: ‘Pas Yang Rugi,...

ALOR SETAR - Pemimpin Pas yang menghalang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia...

Bodyguard Presiden Korea Selatan...

GENAP seminggu presiden baharu Korea Selatan Moon Jae-in dilantik bagi menggantikan presiden sebelum...

Festival Makanan Sabah Ketengah Juadah Tradisional

 

KOTA KINABALU – Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 mampu menjadi platform untuk  mempromosi dan mengetengahkan makanan tradisional negeri ini, kata Penolong Pegawai Daerah Penampang Henry Idol.

Beliau berkata menerusi acara itu, pengendali dan pengusaha makanan di Sabah dapat mempamerkan hidangan masing-masing kepada orang ramai.

“Inilah masanya untuk meneroka kepelbagaian rasa makanan-makanan istimewa tradisi Sabah yang bukan sahaja unik, tetapi mampu memperkenalkan suku kaum dan budaya di negeri ini.

“Makanan tradisional ini juga turut memperihalkan identiti masyarakat atau daerah di Sabah kerana setiap daerah di negeri ini terkenal dengan makanan tradisinya. Contohnya, daerah Penampang terkenal dengan hidangan tradisional istimewa hinava,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival itu di perkarangan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, dekat sini hari ini.


Festival Makanan Tradisi Sabah 2017 yang bermula hari ini hingga Ahad itu, dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI) Penampang dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, sempena Program Tugu Budaya Etnik Sabah.

Selain itu, Henry turut mencadangkan agar makanan tradisional di negeri ini, disajikan di setiap hotel di Sabah.

“Makanan adalah antara tarikan yang mampu menarik minat pelancong luar. Oleh itu, saya harap makanan tradisional ini turut menjadi menu utama di hotel-hotel di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Kategori