Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Guna Apungan Terkawal Jika...

KUALA LUMPUR - Kaedah pengapungan terkawal dijangka diguna pakai bagi penetapan harga petrol...

Guan Eng Lebih Tahu...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal mengapa Menteri...

Pencuri Dipaksa Makan 60...

India - Seorang pencuri dipaksa makan 60 biji pisang oleh doktor bagi mengeluarkan...

Kerajaan Perkenal Dasar ‘Manhaj...

PUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan...

Fiesta Belon Udara Panas Muncul Kembali

PUTRAJAYA – Kejadian belon udara panas tersangkut di pokok, tiang elektrik atau mendarat di kawasan lapang sebelah rumah sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk Perdana Lake View East, di sini.

Selepas lapan kali acara tahunan Fiesta Belon Udara Panas itu diadakan berdekatan kawasan perumahan terbabit, penduduk setempat sudah lali dengan pengalaman seperti itu.

Mereka bukan sahaja dapat melihat pemandangan berkenaan dari balkoni rumah, malah ada penduduk menghulurkan pertolongan setiap kali belon udara panas mendarat kecemasan di kawasan perumahan mereka.

Seorang penduduk, Daud Mydin, kerap duduk di balkoni rumah bersama isteri setiap kali fiesta berkenaan bagi menikmati pemandangan yang jarang disaksikan.

“Mulanya saya agak terkejut melihat ada belon udara panas tiba-tiba melalui kawasan perumahan ini, kadang-kadang terlalu hampir. Sebelum ini saya tidak mengetahui mengenai penganjuran fiesta berkenaan.

“Lama-kelamaan, setiap kali tibanya ‘musim belon panas’, saya tidak lepaskan peluang melihat belon terbang di udara dan kadang-kadang ada belon terbabas dan penduduk akan menghulurkan pertolongan awal sementara menunggu ketibaan kumpulan penyelamat,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Belon udara panas Rocket Alien dari Kanada mendarat di tepi jalan di Cyberjaya semasa Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-8 hari ini.

Belon udara panas Rocket Alien dari Kanada mendarat di tepi jalan di Cyberjaya semasa Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-8 hari ini.

Pengunjung fiesta, Muhd Hakimi Sulaiman, 15, tetap berdebar walaupun ia pengalaman kedua menaiki belon udara panas.


“Saya datang bersama rakan dan mulanya guru memberitahu kami ke sini untuk melihat belon udara panas dan bergambar berlatarkan belon berkenaan.

“Tidak sangka pula saya dapat menaiki belon udara panas secara percuma. Saya sangat seronok dan tidak sabar untuk memberitahu keluarga supaya datang ke sini untuk mengalami pengalaman ini,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dari Program Pendidikan Khas Integrasi itu adalah antara 38 pelajar yang dijemput penganjur, AKA Balloon, menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kali kelapan yang diadakan di Presint 2 dan 3 itu bermula semalam dan akan berlangsung hingga Ahad ini. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori