Thursday, January 2, 2025

Creating liberating content

Draf Akta Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan berita palsu...

Pengumuman Kabinet Tangguh

PETALING JAYA: Pengumuman senarai Kabinet yang dikata diadakan hari ini ditangguhkan ekoran Perdana...

PFA Belum Selesaikan Tunggakan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menafikan dakwaan Persatuan...

Curi 14 Kotak Ubat...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri 14 kotak ubat gigi di sebuah pasar raya,...

Gempa Bumi: Sabah Isytihar Isnin Hari Berkabung

Kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan Isnin ini sebagai hari berkabung dan bendera dikibar separuh tiang bagi menghormati kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi gempa bumi pagi semalam.

Selain itu, majlis sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan yang dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ranau turut dibatalkan.

musapeak

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah sangat bersedih dengan bencana yang turut menimpa pelancong asing ini.

“Sebagai penghormatan, Isnin ini diisytihar sebagai hari berkabung untuk negeri Sabah,” katanya pada sidang media di Taman Kinabalu sebentar tadi.


Setakat ini, hanya 11 mayat yang dipercayai merupakan pendaki Gunung Kinabalu telah berjaya ditemui, manakala baki lapan lagi individu dilaporkan masih hilang.

donkeys-ear

Bencana alam ini turut membawa kemusnahan di gunung kebanggan rakyat negara ini apabila terdapat bahagian yang dikenali sebagai Donkey’s Ear, yang sering dijadikan latar belakang untuk bergambar di Gunung Kinabalu mengalami perubahan yang agak ketara. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori