Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kualiti Udara Sederhana Pagi...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sederhana pagi...

Hishammuddin Lawat Mangsa Nahas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini melawat...

Mesti Baca! 10 Tanda...

Pernahkah anda berasa sunyi di hati walaupun dikellilingi ramai orang? Hah, itu antara...

Latar Belakang Vokalis Caliph...

TERASA masih terngiang-ngiang nyanyian lagu Roman Cinta yang dibawa oleh Mojo featuring Caliph...

Gila.. Sayur-Sayuran Di Lembah Klang Dijual RM10 Sekilo!

Cekik darah! Itu luahan pembeli sayur-sayuran apabila peniaga di Lembah Klang khususnya bertindak menjual sayur-sayuran pada harga yang agak melampau.

Mana tidaknya, sayur-sayuran yang sebelum ini dijual RM3 sekilogram kini mencecah RM10 satu kg di Lembah Klang dengan alasan kononnya atas sebab bencana banjir yang berlaku.

Walhal, sayur-sayuran tersebut bukan diperoleh daripada negeri yang dilanda banjir.

Perkara ini turut diakui oleh seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.

“Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands,” kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor Yusof Bakar.


Ujarnya, kenaikan harga sayur-sayuran itu tidak sepatutnya berlaku namun pihaknya tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran bukan barangan kawalan.

Bagaimanapun, pihak PPDNKK telah menasihati para peniaga sayur-sayuran ini.

Moga perkara ini tidak berlanjutan seperti yang didakwa.- MYNEWSHUB.CC

RESEPI SAYUR GORENG

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori