Hairul Azreen, Ammar Akan Dipanggil Beri Keterangan

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ia susulan kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan perairan Semporna, baru-baru ini.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini hari ini.

Semalam, Hazani menyifatkan kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem PASKAL sebagai tidak berasas.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitkan isu keselamatan negara.

Sebelum ini Hairul mendakwa dia dan Ammar nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambaran filem PASKAL di Semporna, pertengahan tahun ini.

Hairul mendakwa, ketika kejadian, hanya dia dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...