Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Rakam 12 Keterangan...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan 12 saksi awam,...

PM ‘Turun Padang’ Tinjau...

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pejabat...

Jalan Kaki Ke Parlimen...

PROTES... Berang ditipu kerajaan Pakatan Harapan (PH) konon mahu hapus hutang pinjaman Perbadanan...

Kesemua 13 Pendaki Malaysia...

JAKARTA - Kesemua 13 pendaki Malaysia yang terperangkap di atas Gunung Loser di...

Hanya 28 Peratus Pesakit HIV/AIDS Dapatkan Rawatan Konsisten

ALOR GAJAH – Hanya 28 peratus daripada kira-kira 90,000 pesakit HIV/AIDS yang masih hidup di negara ini, mendapatkan rawatan secara konsisten bagi meneruskan kehidupan mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jumlah itu amat kecil kerana kesedaran pesakit HIV/AIDS mendapatkan rawatan masih rendah kerana malu, selain tidak mengetahui tentang pelbagai rawatan yang disediakan kerajaan untuk membantu mereka melawan penyakit berkenaan.

“Kita harapkan peratus pesakit HIV/AIDS yang mendapatkan rawatan akan mencapai 90 peratus selaras dengan Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan Bagi Menamatkan AIDS 2016-2030.

“Melalui pelan ini juga kita sasarkan peratus pesakit HIV/AIDS dikurangkan kepada 90 peratus manakala pesakit yang menikmati faedah ‘viral supression’ juga turut mencapai 90 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat mekanisme penyelaras negara di Pejabat Kesihatan Alor Gajah di sini yang turut dihadiri Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC) Datuk Dr Raj Karim dan Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) dan Ketua Sektor (HIV/STI) Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Hilmi berkata seramai 108,000 rakyat di negara ini dikesan menghidapi HIV/AIDS antara 1986 hingga tahun lepas dan kira-kira 18,000 daripadanya meninggal dunia akibat penyakit berkenaan manakala selebihnya masih meneruskan kehidupan sehingga kini.

Beliau berkata kadar kes baharu HIV yang dikesan di negara ini telah menurun kepada 10.9 kes bagi 100,000 penduduk pada tahun lepas berbanding 12.93 bagi 100,000 penduduk pada 2010.


“Angka ini melepasi sasaran 11 kes bagi 100,000 penduduk pada tahun lepas. Kejayaan ini selaras dengan pelbagai usaha yang dilakukan pelbagai pihak.

“Kerajaan juga telah memperuntukan RM192 juta pada tahun lepas untuk merawat pesakit HIV/AIDS melalui pelbagai kaedah rawatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata semua badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah MAC akan diberi latihan pendedahan untuk menjalankan pemeriksaan atau ujian terhadap pesakit HIV/AIDS tanpa perlu ke klinik atau hospital.

Beliau berkata usaha itu bagi menggalakkan lebih ramai pesakit tampil untuk mendapatkan rawatan di peringkat awal dengan segera tanpa perlu merasa malu.

Terdahulu Dr Hilmi menyerahkan replika cek bernilai RM7 juta kepada MAC yang diterima Dr Raj bagi menjalankan 52 projek dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di negara ini bagi tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HIV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori