Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

‘Apa Salah Lelaki Jual...

KUALA LUMPUR - Niat berkongsi tip penjagaan wajah untuk lelaki, namun kecaman pula...

Penipuan Atas Talian Tumpas,...

IPOH - Imigresen Perak berjaya menumpaskan aktiviti penipuan dalam talian melibatkan warga China...

Bank Dunia Digesa Bantu...

KUALA LUMPUR - Malaysia pada Rabu menggesa Bank Dunia membantu negara membangun menikmati...

MyCC Kenakan Penalti Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti kewangan RM33,068.85 secara kolektif...

Hovid Terima Lesen Pembuatan Kilang Di Chemor

KUALA LUMPUR – Hovid Bhd menerima lesen pembuatan bagi kilangnya di Chemor daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Lesen itu sah dari 6 Mac, 2017 hingga 31 Dis, 2017, dan boleh diperbaharui tiga bulan sebelum tamat tempoh, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, lesen pembuatan bagi kilangnya di Ipoh di Jalan Tunku Abdul Rahman (sebelum ini Jalan Kuala Kangsar), Ipoh, Perak menunggu selesai tindakan pembetulan yang sedang dilaksanakan.

Syarikat farmaseutikal itu menyasarkan untuk menyelesaikan tindakan pembetulan bagi kilangnya di Ipoh untuk mematuhi Amalan Pembuatan Baik pada masa ini yang dikehendaki oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada akhir Mac 2017.


Pengeluaran semula lesen itu tertakluk kepada NPRA yang berpuas hati dengan tindakan pembetulan yang diambil oleh Hovid, katanya.

“Kami menjangka untuk memperoleh keputusan daripada NPRA bagi kilang kami di Ipoh pada akhir Mei 2017,” menurut syarikat farmaseutikal itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hovid

Kategori