KUALA LUMPUR – Hua Yang Bhd. (Hua Yang) merancang untuk melancarkan projek pembangunan baharu bernilai RM284 juta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Hua Yang, Ho Wen Yan berkata, nilai tersebut adalah termasuk bagi projek baharu di perbandaran sedia ada.
Katanya, kesemua projek berkenaan adalah dalam kategori rumah mampu milik dan ditawarkan pada harga kurang daripada RM450,000.
“Pasaran hartanah agak mencabar dua tahun kebelakangan ini namun kami positif untuk tahun kewangan 2019 dan yakin segmen rumah mampu milik masih menjadi pilihan pembeli,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Hua Yang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE