Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Rogol: 9 Tentera Dibebaskan...

JOHOR BAHRU — Sembilan anggota tentera yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan...

UMNO Wilayah Persekutuan, DBKL...

LABUAN - UMNO Wilayah Persekutuan akan meneruskan misi bantuan pasca banjir di negeri-negeri...

Penganjur ‘White Party Bangkok’...

PIHAK berkuasa digesa mengambil tindakan keras terhadap penganjur pesta tarian gay besar-besaran, White...

PRN: BN Tanding 108...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) akan bertanding 108 daripada 245 kerusiIkuti Mynewshub: TelegramDewan...

Imigresen Kulim Bakal Pindah Ke Tempat Sesuai

KULIM – Pejabat Imigresen Daerah Kulim bakal dipindahkan ke lokasi yang lebih strategik dan selesa dalam masa terdekat.

Ketua Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Daerah Kulim, Muhamad Ali Abdullah berkata sudah tiba masanya pejabat imigresen yang terletak di Jalan Lunas, Taman Seluang di sini dipindahkan kerana sempit dan tidak selamat.

“Pejabat sedia ada sekarang tidak sesuai lagi dalam menampung kapasiti pelanggan terutama pada hari Ahad. Ini kerana, imigresen Kulim-Bandar Baharu bukan saja menerima pelanggan dari sekitar selatan Kedah tetapi Pulau Pinang.

“Malah lokasinya yang terletak di bangunan rumah kedai dan berhampiran jalan utama, mengundang risiko yang pelbagai seperti dipecah masuk,” katanya ketika ditemui media di Karnival Sukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Peringkat Kulim-Bandar Baharu di sini hari ini.

Karnival yang julung kali diadakan itu dihadiri lebih 1,500 orang daripada 12 agensi di bawah KDN termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan 500 peserta menyertai lima acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, badminton, tarik tali dan sukaneka.

Jelasnya, urusan mengenal pasti lokasi dan perpindahan pejabat imigresen tersebut sudah dibincangkan dan kini hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan.


“Kita belum tentukan lokasi sebenar namun melihat kawasan di Kulim Hi-Tech adalah paling sesuai dari aspek keluasan, keselamatan dan kemudahan lain termasuk parkir,” katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perpindahan tersebut adalah antara perancangan untuk menaik taraf infrastruktur di daerah ini.

“Apa yang penting, lokasi dan bangunan baharu itu akan melancarkan urusan pelanggan terutama membabitkan visa dan pasport,” katanya. – BERNAMA

Kategori