Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

EU Akan Lumpuh Tanpa...

LUXEMBOURG – Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner menyatakan bahawa Kesa­tuan Eropah (EU) tidak...

8 Tahun Tak Boleh...

Setelah lapan tahun hidup dalam keadaan mulut tidak boleh dibuka, akhirnya, seorang remaja...

Iran Gesa Perancis Beri...

TEHRAN: Iran hari ini menggesa Perancis supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan selain bertindak...

59% Pinjaman Baharu Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan...

Impian Siti Nurul Hidayah Jumpa Mohamad Tercapai

KUALA PILAH – Impian seorang remaja yang menghidap sakit kronik, Siti Nurul Hidayah Mohd Sofi,19, untuk berjumpa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akhirnya tercapai.

Mohamad meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Siti Nurul Hidayah di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dekat sini dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Siti Nurul Hidayah menghidap penyakit ‘Cervical Cord Myelopathy’ iaitu kerosakan saraf tunjang dan pengecutan paru-paru.

Dia disahkan menghidap penyakit itu akibat terjatuh di bilik air pada tahun 2005 ketika berusia enam tahun dan tidak boleh bergerak serta hanya bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

“Adik (Siti Nurul Hidayah) rasa sangat gembira, tidak sangka menteri besar akan datang melawat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, ibunya, Dayang Lohani Awang Zain, 51, berkata anaknya sering kali bertanya mengenai Mohamad dan menyimpan hasrat untuk berjumpa dengannya.


“Dia selalu melihat wajah menteri besar dalam video di Youtube dan di kaca television, dan selalu menyebut untuk berjumpa dengannya.-

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada menteri besar kerana dapat hadir meluangkan masa bersama anak saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori