Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4,076 Pulih, 11 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,585 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kumulatif...

Lagi Foto Bekas PM...

BANGKOK - Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi...

Siti, Datuk K Anniversary...

PEJAM celik sudah sedekad penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumah...

AS Terkedu Dengan Taktik...

KOREA Utara mengambil langkah setapak ke depan dalam isu amaran perang terhadap AS,...

Isu Sekatan Pembalakan Orang Asli Ditangguhkan

KOTA BHARU – Penyelesaian berhubung isu sekatan pembalakan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli di Gua Musang ditangguhkan berikutan kekangan tertentu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun Kerajaan Negeri telah merangka beberapa tindakan hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan namun ia tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

“Kalau boleh Kerajaan Negeri nak menyelesaikan masalah ini secepat mungkin tapi oleh kerana ada isu politik dan faktor keselamatan kita perlu tangguh (buat sementara waktu).

“Kita sekarang menunggu maklumbalas daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan kementerian berkaitan agar tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri selepas ini adalah selari dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar menjawab soalan dikemukakan Abdul Aziz Yusoff (BN-Nenggiri) yang mahu tahu apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sekatan pembalakan oleh Kumpulan Jaringan Masyarakat Orang Asli.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan Abdul Aziz yang mendakwa sekatan itu dilakukan Orang Asli kerana Kerajaan Negeri tidak memenuhi tuntutan dikemukakan mereka, Mohd Amar (PAS-Panchor) berkata ada beberapa tuntutan yang dikemukakan tidak munasabah.


“Contohnya seperti tuntutan Orang Asli yang mohon supaya kawasan rayau mereka diwartakan sepenuhnya dan meminta satu keluarga diberikan tanah seluas 20 hektar bagi setiap keluarga, ia adalah tidak munasabah.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan penempatan dan kawasan bercucuk tanam kepada komuniti itu selain turut meminta syarikat pembalakan menghentikan aktiviti mereka dan mencari kawasan lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori