Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Isteri Jalaluddin Hasan Meninggal...

TAKZIAH diucapkan kepada pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercinta, Datin...

Pembangkang Gagal Tunai Manifesto...

KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang gagal menunaikan manifesto 2008 untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan...

APMM Buru 2 Suspek...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang memburu dua suspek warganegara...

Pelakon Porno Hiasi Kulit...

Bagi kami ini lawak.Disebabkan petugas grafik yang bertanggung jawab menghasilkan kulit buku teks...

Jabatan Kesihatan P.Pinang Rampas 48 Produk ‘Mustajab’

BUKIT MERTAJAM – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini, pada Isnin, yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai operasi pemeriksaan di premis makanan kesihatan di Jalan Baru itu, berkata produk-produk berkenaan hanyalah makanan tambahan yang bernilai RM1,648.

“Pihak BKKM juga menemui beberapa produk yang menyembunyikan iklan khasiat palsu makanan kesihatan di dalam kotak produk berkenaan bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan notis kompaun RM6,000 kepada pemilik premis berkenaan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 18E Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

“Pengeluar produk (yang dirampas) ini juga didapati meletakkan risalah iklan mengelirukan di dalam kotak produk bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Kategori