Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Iran Dipercayai Dalang...

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan...

2 Lokasi Di Baling...

BALING: Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu dalam Mukim Baling dilanda banjir...

Kali Pertama Warga AS...

TOKYO - Sebuah wilayah di Jepun terpaksa membuka kekosongan jawatan untuk seorang ninja...

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki...

KUALA LUMPUR - Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan...

Jabatan Perhutanan Sabah Wujudkan Skuad Rondaan

KOTA KINABALU – Jabatan Perhutanan Sabah merancang untuk mewujudkan skuad rondaan khusus untuk membendung aktiviti pemburuan haram di hutan Sabah.

Ketua Konservator Hutan negeri Datuk Sam Mannan berkata jabatannya merancang untuk merekrut 50 anggota peronda yang akan dilatih menggunakan senjata sebagai langkah keselamatan untuk mengusir pemburu haram daripada mengganggu hutan dan populasinya.

“Kami (Jabatan Perhutanan) memerlukan kira-kira RM2 juta untuk merekrut, melatih dan mendapatkan senjata yang diperlukan untuk tujuan ini.

“Kami khuatir aktiviti pemburuan haram ini menjadi berleluasa di hutan kita dan kami berhasrat untuk memastikan kehadiran kami (Jabatan Perhutanan) setiap masa di dalam hutan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Heart of Borneo (HoB) ke-9 di sini hari ini.

Menurut Sam, kawasan pemburuan haram yang paling bermasalah ialah di Tabin, Kinabatangan, utara Deramakot, Ulu Segama, Segaliud dan Kalabakan-Sapulut.


Mengenai inisiatif HoB, beliau berkata walaupun sudah 10 tahun sejak mula dilaksanakan, banyak cabaran masih perlu diatasi untuk mencapai kejayaan.

Ini termasuk kestabilan politik di Sabah dan kesinambungan dasar yang baik untuk mengurus dan memulihara hutan, katanya. – BERNAMA

Kategori