Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PKP: Institusi Pendidikan Tutup,...

KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Wajah Gadis Tercantik Di...

Peribahasa 'malang tidak berbau' sering dikaitkan dengan kemalangan. Oleh sebab itu kita disarankan berhati-hati...

VIDEO: Bukti Sajat Terima...

SUSULAN kenyataan pihak penganjur acara yang menafikan berlaku kejadian tarik diri daripada pertunjukan...

Video: Berita Pelik, Pembaca...

SEBAGAI seorang pembaca berita, mereka perlu serius dalam penyampaian berita agar maklumat yang...

Jadikan Dusun Durian Tempat Tarikan Pelancong

SEPANG – Dusun durian yang ditambah baik berpotensi menjadi pusat tarikan yang menawarkan pengalaman menarik untuk makan durian di dusun kepada pelancong tempatan dan luar negara, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata durian merupakan salah satu tarikan bagi pelancong luar negara khususnya dari China untuk melawat negara ini.

“Ada pelancong China masuk ke negara ini hanya untuk menikmati durian. Mereka sanggup terbang dari China ke Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pengalaman makan durian segar di dusun dikelilingi suasana kampung akan memberikan pengalaman unik dan berharga kepada para penggemar durian,” katanya kepada pemberita di FAMA KLIA di sini pada program pelepasan hantaran Musang King sejuk beku melalui udara ke Guangxi, China hari ini.

Penghantaran durian itu adalah bersempena Durian Festival Nanning 2017 yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Nov.


Selain durian, pemilik dusun juga boleh memperkenalkan buah-buahan lain kepada pelancong asing seperti manggis dan rambutan untuk dinikmati di dusun, katanya.

Badruddin berkata FAMA akan sentiasa berusaha untuk membuka pasaran baharu bagi durian Malaysia dan pihaknya bercadang untuk mempromosi durian ke Korea Selatan dan Kanada selepas China. – BERNAMA

Kategori