Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerman Berdepan Krisis Tisu...

BERLIN – Jerman diramal berdepan masalah kekurangan tisu tandas dan kertas kadbod sekiranya...

92% Daripada 57,355 Kes...

PUTRAJAYA: Sebanyak 52,522 prosedur bagi kes tertunggak dilaksanakan iaitu meliputi 48,952 kes berkaitan...

Kim Swee Gantikan 6...

KUALA LUMPUR - Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee terpaksa...

PRN: Aziz DAP Biadap...

KUCHING - "Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan!" begitulah biadapnya tohmahan calon anak muda...

Jalan Kampung Di Kuala Kedah Rosak Teruk Lebih 10 Tahun

KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Sematang Tepi Laut dan Kampung Tengku Laksamana di Kuala Kedah, Kedah berhadapan dengan masalah jalan rosak teruk sejak 10 tahun lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, keadaan jalan itu bukan saja menjejaskan keselesaan mereka tetapi boleh mengancam keselamatan penduduk terbabit jika tidak tidak dibaiki segera.

“Tinjauan CAP mendapati jalan sepanjang tiga kilometer di kawasan itu pecah dan berlopak serta becak pada musim hujan. Keadaan ini bukan saja menjejaskan aktiviti harian nelayan di kampung terbabit tetapi juga kanak-kanak ke sekolah.

“Masalah yang berlaku sejak 10 tahun yang lalu itu telah dimaklumkan oleh penduduk di sini kepada pihak berkenaan tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan diambil,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, S.M. Mohamed berkata, CAP menggesa kerajaan Kedah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah di alami penduduk kampung berkenaan.

Katanya, CAP kesal walau pun masalah itu sudah lama berlaku tetapi belum mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab.


“Kemudahan asas ini perlu dibina dengan sempurna dan selamat untuk digunakan oleh penduduk-penduduk di sini.

“CAP mendapat tahu banyak kampung di kawasan luar bandar di negeri ini tidak mempunyai kemudahan jalan yang sempurna dan selesa,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori