Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Perodua Bezza Menangi Anugerah...

KUALA LUMPUR - Perodua Bezza telah memenangi anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' dan 'Kereta...

Harga Makanan Di Kuala...

KUALA LUMPUR - Harga makanan yang lebih tinggi telah menyebabkan Indeks Harga Pengguna...

Polis Pantau Himpunan ICERD...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan...

Objek Pelik Yang Buat...

APAKAH sebenarnya objek pelik yang ditemui ini? Adakah ia haiwan, tumbuhan atau lebih...

Jangan Biarkan Bangunan Bekas Sarang Burung Walit Kosong

KULIM, 30 Julai (Bernama) — Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) meminta pemilik bangunan yang pernah dijadikan sarang burung walit supaya tidak membiarkan bangunan berkenaan kosong dan terabai setelah perusaaan itu dihentikan.

Pengarah Jabatan Bangunan MPKK, Mohd Nazri Harun berkata sebanyak 248 unit bangunan ditukarkan kepada sarang burung walit di daerah ini termasuk di Kulim, Padang Serai dan Kilang Lama.
“Pengosongan ini dikesan mula berlaku sejak lima tahun lalu dan hasil rekod kami mendapati kali terakhir permohonan lesen dan kebenaran penggunaan bangunan sebagai sarang burung walit adalah kira-kira 10 tahun lalu.

“Perusahaan tersebut dilihat semakin merudum dan mengakibatkan kebanyakan pemilik bangunan tersebut menutup perniagaan tersebut begitu sahaja dan akibatnya, mewujudkan bangunan kosong dan terbiar,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Katanya, antara kawasan popular dengan kewujudan bangunan sarang burung walit ini adalah di sekitar Padang Serai dengan permohonan terakhir merekodkan terdapat 200 unit kedai dipohon di Taman Damai untuk tujuan itu .

Untuk itu, MPKK menyarankan agar pemilik unit bangunan yang dijadikan sarang ini mengambil pendekatan proaktif secepat mungkin mengelakkan bangunan tersebut terus terbiar kosong.

“Kebanyakan unit ini masih berpotensi untuk dijadikan kedai atau pejabat memandangkan ia terletak di lokasi yang agak baik dan pemilik boleh mendapatkan khidmat nasihat dari MPKK pada bila-bila masa bagi menguruskan unit yang terbiar ini,

“Lagipun, banyak masalah yang boleh timbul berkaitan bangunan terbiar ini termasuk digunakan sebagai tempat penagihan dadah atau mengundang kehadiran haiwan berbahaya yang mampu memberi ancaman kepada penduduk setempat,” katanya.


Dalam pada itu, Mohd Nazri menjelaskan, pelbagai faktor mungkin menjadi penyebab kepada tiada lagi permohonan bangunan dijadikan sarang burung walit terutama selepas timbul isu pemilik sarang burung walit dan penduduk setempat.

“Mungkin penyebab utama adalah permintaan terhadap sarang burung walit ini semakin berkurangan sehingga pemilik terpaksa menutup unit-unit kedai yang dijadikan sarang ataupun burung itu sendiri sudah tiada.

“Selain itu, mungkin isu pengharaman import sarang burung walit ini yang diamalkan oleh beberapa negara dan dalam masa yang sama, mendapat saingan daripada negara China dan Indonesia yang menghasilkan sarang burung walit secara komersial,” katanya. – BERNAMA

Kategori