Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Pukul...

Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan...

Inkues Tentukan Punca Kematian...

KUALA LUMPUR - Majistret akan diarah melakukan satu inkues bagi menentukan sebab kematian...

Amar Baharin Cedera Ditumbuk...

MALANG  tidak berbau.. pelakon drama yang makin meningkat naik, Amar Baharin dilaporkan cedera setelah...

100 Petugas Media Berkumpul...

KUALA LUMPUR : Kira-kira 100 petugas media tempatan dan luar negara berkumpul di...

Jaspal Singh Dilantik Semula Sebagai Senator

KUALA LUMPUR – Bekas Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh, 52, dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara bagi penggal kedua.

Beliau yang juga anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Strategik Sosial dan Yayasan Pemulihan Sosial mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 2 Nov lepas setelah tempoh penggal pertamanya tamat pada 1 Nov.

Jaspal Singh ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus membawa isu-isu yang relevan dengan masyarakat masa kini, termasuk isu anak-anak muda yang menghadapi cabaran besar dalam bidang pekerjaan.

“Cabaran pekerjaan untuk anak-anak muda kini tidak sama dengan 20 tahun lalu, justeru jika kerajaan mahu golongan ini terus memberi sokongan, maka kita perlu beri apa yang mereka perlukan,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori