Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dituduh Larikan Duit, Azad...

Pelakon komedi, Azad Jasmin telah membuat satu laporan polis petang semalam terhadap siri...

MCA Pahang Pertaruh 10...

KUANTAN - MCA Pahang melakukan transformasi besar-besaran bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14...

Tidak Praktikal Tubuh Syarikat...

JOHOR BAHRU – Rancangan kerajaan negeri Johor untuk menubuhkan sebuah syarikat air yang...

Guna Penasihat Perundangan Untuk...

KUALA LUMPUR – Syarikat perladangan, Harn Len Corporation Bhd hari ini mengumumkan bahawa...

Jawi Pergiat Rondaan Dan Operasi Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempergiat rondaan dan operasi pencegahan sepanjang Ramadan bagi memastikan masyarakat Islam menghormati bulan puasa itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata bagi tujuan itu, pegawai penguat kuasa ditempatkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pada hari pertama Ramadan semalam, tiga tangkapan dibuat sewaktu rondaan di kawasan Sungai Besi (di sini) atas kesalahan makan di siang hari di tempat awam tanpa menghormati bulan Ramadan.

“Jika orang Islam tidak boleh berpuasa atas sebab tertentu seperti sakit atau uzur, ini tidak bermaksud mereka boleh makan di khalayak ramai di bulan Ramadan. Itu yang menjadi kesalahan kerana tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mereka yang didapati bersalah tidak menghormati Ramadan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Wan Jaafar berkata Jawi turut mengeluarkan poster kesedaran kepada masyarakat mengenai ibadah puasa serta maklumat berkaitan tindakan yang boleh diambil jika melanggar peraturan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAWI

Kategori